Welcome to ZBC BAKERY
ZBC Bakery menjalankan bisnes kek bermula dari rumah pada tahun 2013. Kini ZBC Bakery tampil dengan jenama baru iaitu Zetty’s dengan tagline ‘Spreading Happy-ness’ yang bertepatan dengan tujuan asal penubuhan ZBC Bakery.
Bagi kami kek adalah lebih dari sekadar pencuci mulut. Kek adalah impian, harapan, kegembiraan, kesedihan, kesakitan dan perjuangan dalam hidup kami. Kek adalah cara kami sebarkan kebahagiaan dan senyuman kepada pelanggan-pelanggan kami.
Zetty’s telah menyebarkan kebahagiaan kepada lebih 7000 orang pelanggan dan kini menyediakan peluang pekerjaan kepada anak bangsa dan sebagai satu tempat untuk mengembangkan bakat serta skill supaya lebih berjaya di masa akan datang.
Bermula dari Bangi, kini Zetty’s mempunyai 1 lagi cawangan di Seksyen 9, Shah Alam dan bercadang untuk membuka lebih banyak cawangan di bandar-bandar besar seluruh Malaysia.